28 March, 2012

3 Hari 2 Malam @ Kuching, Sarawak

Tahun lepas beli tiket murah berharga RM 6 sekepala ke Kuching. Kini tiba masa berangkat. Ini kali kedua aku ke Kuching. Pertama kali sampai dulu masa aku join xpdc mendaki Gunung Santubong pada 2001...dah lama dah tu masa bujang dulu. Anak bini aku pulak pertama kali menjejak bumi kenyalang ni. Ini catatan percutian ala destinasi bajet kami sekeluarga di sana :

HARI PERTAMA, 23 Mac 2012 (Jumaat)

Terpaksa bermusafir di hari Jumaat. Flight jam 12.55pm, sampai  Kuching 2.40 pm. Sewa kereta Wira auto RM 100 sehari dari Samauto... kira oklah harga tu. Dari airport terus ke pusat bandaraya Kuching utk check in Hotel Harbour View (dah booking awal-awal 2 bulan sebelum). Memang agak strategik kedudukan hotel ni sebab berdekatan dengan Kuching Waterfront,  tempat tumpuan pelancong kat tepi Sg. Sarawak.... senang nak ronda-ronda.

Lepas check in, misi pertama kami adalah nak mengisi perut yang dah berkeroncong. Masa sarapan dah bedal nasi lemak, tengahari tadi cuma makan roti je sebab masih kenyang. Kami menyeberangi Sg. Sarawak dengan bot penambang ke Kg. Boyan. Taklah jauh mana pun...2-3 minit je dah sampai seberang, tambangnya RM 0.50 sekepala. Sampai je Kg. Boyan terus nampak medan selera, macam-macam makanan Sarawak ada kat sini. Dah sampai Sarawak ni kena la rasa makanan Sarawak ye tak... jadi kami pun makan la Mee Kolok (bini aku kata macam maggi sup je) dan Nasi Ayam Penyet(sedap juga).

Lepas makan, menapak sikit kira-kira 50 meter ke kedai-kedai menjual kek lapis. Kami terus ke kedai yang popular je lah (hasil carian google) iaitu Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Malas nak pergi kedai-kedai lain sebab harga dan rasa keknya lebih kurang je kot. Kat sini ada sampel macam-macam jenis kek lapis untuk dirasa... kalau tak malu makan sampai kenyang pun boleh kot... Harga sebungkus RM 10 je. Kami pun terus beli 5-6 jenis, esok-esok mungkin tak sempat singgah sini dah.

Kemudian kami balik ke seberang sungai dan cari Tugu Kucing... orang kata kalau sampai Kuching tapi tak bergambar kat tugu tu kira macam tak aci le....Lepas tu melepak dan ronda-ronda sikit sekitar Waterfront, aku kata sikit sebab biasalah... berjalan dengan anak-anak kecik ni memang banyak ragamnya...

Pukul 6.00 petang kat sini dah hampir maghrib. Apa lagi aktiviti nak dibuat? Nak naik Sarawak River Cruise mahal la sangat sampai RM 60 sekepala. Nak jimat naik je la Sarawak Traditional Boat Cruise (Bot Panjang Iban)... harga untuk dewasa RM 19, kanak-kanak 2-12 tahun RM 9 je... murahlah sikit, janji dapat merasa pengalaman menyusuri Sungai Sarawak dan menikmati pemandangan sekitar Bandaraya Kuching dari atas bot selama sejam. Memang syok dihembus angin malam sampaikan Angah dan Aina tertidur kepenatan.


Kami tak makan malam sebab masih kenyang. Balik hotel merehatkan diri sambil membiarkan anak-anak berkubang dalam bathtub lama-lama. Akhirnya diorang terpaksa berhenti berkubang sebab si Along tertelan air lalu memuntahkan isi perutnya dalam bathtub yang penuh air tu... adehhh...


HARI KEDUA, 24 Mac 2012 (Sabtu)

Pukul 6.00 pagi dah bangun... masa ni dah nak cerah, lebih kurang macam 7.00 pagi kat Semenanjung. 7.00 pagi bertolak ke Pasar Serikin...kira-kira 60 km dari Kuching. Singgah bersarapan kat Pekan Bau. Sampai Serikin lebih kurang pukul 9.00 pagi. Cuaca berawan jadi tak lah panas sangat. Ramai sungguh umat manusia kat sini. Serikin ni sebuah kampung yang terletak di sempadan Indonesia.

Pasar ni dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad je. Sabtu buka diawal pagi sampai malam, hari Ahad pulak sampai tengahari je. Penjual kat sini kebanyakannya dari Indonesia, barangan pun kebanyakannya dari sanalah. Berjalan dari hujung ke hujung, aku rasa jauhnya mencecah 1 km agaknya. Macam-macam barang ada kat sini...dari pakaian, peralatan dapur, kraftangan, tikar dll. Cicak tokek pun ada dijual dengan harga RM300 sepasang. Eh ada ke patut si Along suruh beli nak bela cicak pulak katanya. Selain tu skil tawar-menawar yang tinggi adalah satu kelebihan di sini. Bab ni memang aku dan bini ada kekurangan sikit.


Sebagai pelancong bajet, kami shopping sikit-sikit je la. Yang penting dah jejak kaki ke Pasar Serikin ni. Setelah menghabiskan masa lebih kurang 2 jam kat sini, kami pun bertolak balik ke Kuching. Sempat singgah kat Gua Angin, Bau. Tapi tak nampak apa-apa yang menarik pun, malah takde orang pun kat situ. Dari pintu masuk ke belakang sikit ada sungai yang agak jernih, tapi takde pulak nampak orang mandi. Jadi kami cuma bergambar kat signboard je.

Sebab nak mengejar masa, nak makan tengahari pun tak sempat, cuma makan ringan-ringan je. Dari Kuching kami terus ke Santubong pulak (36 km) untuk melawat Kampung Budaya Sarawak. Terletak di kaki Gunung Santubong, orang kata kalau pergi sini macam dah melawat seluruh Sarawaklah kiranya, sinilah tempat terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup orang tempatan.

Tapi dia punya tiket masuk tak boleh tahan mahalnya. Alang-alang dah sampai, korbankan aje la RM 60 satu kepala (dewasa) dan RM 30 (kanak-kanak 6-12 tahun).  Dari pukul 2.00 petang kami meronda sekitar kampung tu melawat rumah-rumah tradisi etnik-etnik di Sarawak. Pukul 4.00 petang ada persembahan tarian kebudayaan (ada 2 persembahan sehari, satu lagi pukul 11.30 pagi)... boleh layan jugalah persembahan tu.


Lepas tu melepak sekejap kat Pantai Damai, Santubong. Kemudian perut pun dah kelaparan, masa untuk jalan-jalan cari makan pulak. Singgah solat jamak kat Masjid Kampung Buntal (10 km) dari Santubong. Orang kata ada banyak restoran seafood kat sini, memang betul lah tapi nampak banyak restoran cina je tak tergamak pulak nak makan. Cari makan kat Kuching je lah.

Tempat yang kami tuju ialah Top Spot, tempat makan seafood yang sangat terkenal di bandar Kuching. Lokasinya betul-betul di sebelah Pullman Hotel. Tempat makan ni kat atas bumbung bangunan parking. Ikutkan kat sini semuanya restoran cina tetapi makanannya dijamin halal sebab nampak terpampang sijil halal dari Majlis Agama Islam Sarawak di setiap kedai... jadi kami pun yakin sajalah.


Kami makan di kedai Bukit Mata Seafood. Kami pesan Ketam Bakau Telur Masin, Udang Mentega, Sotong Goreng Tepung, Sup Gamat dan Sayur Midin Goreng Belacan (lebih kurang macam pucuk paku). Makanannya memang sedap dan memang puashati lagi berbaloi-baloilah makan kat sini. Harga semua tu cuma RM101, boleh kira murah dan masih boleh diterima akal la.




Dah kekenyangan, balik hotel le, penat berjalan jauh hari ni. Budak-budak tu macam biasa le berkubang lagi dalam bathtub sampai kecut. Nasib baik takde sapa yang muntah lagi dalam bathtub tu...




HARI KETIGA, 25 Feb. 2012 (Ahad)


Hari terakhir di Kuching. Ronda-ronda di sekitar bandaraya Kuching saja. Bersarapan kat Coffee 'O' Corner, Jalan Satok. Aku pekena laksa Sarawak, biniku layan roti sardin bermayonis (kira special juga ni tak pernah jumpa kat tempat lain), Along tak habis-habis dengan nasi lemak dia... adik-adik dia lagi 2 orang tu bukan makan sangat...suap-suap je la apa yang kami makan.




Lepas sarapan, kami meronda-ronda pulak kat Pasar Minggu Jalan Satok yang dibuka setiap Sabtu dan Ahad. Memang meriahlah pasar ni, macam-macam ada dijual kat sini. Yang bestnya dapat mengenali hasil hutan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan yang terdapat kat Sarawak ni. Bagi pelancong, dah tentulah nak cari souvenir seperti barangan kraftangan, t-shirt, fridge magnet dll... orang kata kat sini lebih murah berbanding kat Waterfront sana. Tak lupa juga ikan terubuk masin pun banyak jual kat sini...siap boleh bungkus elok-elok dalam kotak untuk dibawa masuk kapalterbang.


Lepas tu kami ke Muzium Kucing (Cat Museum) kat sebelah Petra Jaya (di tengah perjalanan ke Santubong). Taklah jauh mana, cuma 7 km dari Jalan Satok. Senang je nak cari sebab boleh nampak dari jauh bangunan berkubah kat atas bukit. Masuk percuma je tapi kalau nak ambil gambar kena bayar RM 3. Ehh sebagai pelancong asing mestilah kami kena ambik gambar... Tapi perlu diingatkan takde kucing hidup kat sini. Yang ada cuma koleksi patung/replika/gambar kucing je.


Kemudian kami balik ke pusat bandar dan ronda-ronda sekitar Waterfront... kemudian masuk Muzium Sarawak pulak. Macam-macam perkara mengenai warisan, budaya dan sejarah suku kaum di Sarawak dipamerkan kat sini.... sesuailah untuk budak-budak mempelajari sesuatu yang baru.




Lepas makan tengahari kat... ehh aku dah lupa ntahapa ke nama restoran tu, kami pun berangkat ke airport, pulangkan kereta, flight pukul 4.00 pm. 


Babai Kuching!!!


.

8 comments :

  1. Not bad.... Tq sebagai panduan untuk aku aturkan agenda lawatan kawan-kawan dari semenanjung. Actually banyak lagi tempat yang menarik cuma, jarak diantara satu destinasi ke destinasi yang agak jauh agak menyukarkan. Aku baru setahun berpindah ke sarawak ni. - Adilah -Kota samarahan, sarawak.

    ReplyDelete
  2. hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
    1; kampung budaya
    2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
    3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
    4:wind cave, fairy cave ,
    5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
    6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
    7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
    8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
    9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
    BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
    sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
    0149957036
    Adam.( your personal driver at kuching )
    facebook : chreez_devil88@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. t.kasih adilah,

    silakan chris, smoga ada yg berminat...

    ReplyDelete
  4. wahh semangatnya diela nk gi bercuti... :)

    ReplyDelete
  5. hi..klau x silap sy..harga msk cultural village tu rm 45 je la..xsmpai pn rm 60.. so sape2 nk pg..pg la..mmg best..byk xtvt boleh ikut..boleh menyumpit jugak..only in borneo.. -vvt-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..memang rm60/seorang yg saya bayar masa saya pergi tu... dan baru tengok harga di website http://www.scv.com.my/main.asp pun masih tak berubah harganya.. mungkin org sarawak masuk dpt murah sikit

      Delete
  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam







    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...