06 May, 2017

Mendaki Gunung Trus Madi via Kainggaran, Tambunan, Sabah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29-30 April 2017 (Sabtu-Ahad) - Ini catatan pendakian ke Gunung Trus Madi, dianjurkan oleh Nature Explorer diketuai Sham Castello dengan peserta seramai 13 orang - Sham, Syida, Big, Kak Arie, Efie, En.Fuad, Mr. Khoo, Yuen, Ding, Moh, Michelle, Elles & aku.


INFO:
~ Gunung Trus Madi yang terletak di Banjaran Crocker adalah gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, setinggi 2642 meter / 8668 kaki dari paras laut.
~ Terletak dalam Hutan Simpan Trus Madi, maka permit memasukinya juga perlu diperolehi dari Jabatan Perhutanan Sabah.
~ Terdapat 3 laluan untuk ke puncak Trus Madi:
    1. Kainggaran Trail, Tambunan
    2. Mastan Trail, Apin-Apin, Keningau.
    3. Mannan Trail, Kg. Sinua, Sook.
~ Kainggaran Trail yang akan kami lalui ini adalah yang paling mudah dan popular antara ketiga-tiga laluan. kerana lebih pendek dan kemudahannya lebih baik. (jarak pendakian dari tempat permulaan Taman Kitingan adalah 4.9 km, memakan masa 2 hari 1 malam).


29 April 2017 (Sabtu)
07.35 am - 10.20am - KLIA ke KKIA... naik MAS.
11.30 am - Dari KK naik van sewa pandu sendiri ke Pekan Tambunan sejauh 75 km.
02.00 pm - Tiba di Tambunan; jumpa ejen tour operator, selesaikan urusan bayaran permit dan pakej mendaki. Hanya bawa keperluan penting sahaja dalam beg daypack, barang lain tinggal di pejabat ejen. Lega... tak perlu bawa beg berat naik Trus Madi ni.
    ~ Makan tengah hari sdn bhd di Restoran Nurain, Tambunan.
    ~ solat jamak zuhur asar di Masjid Nurul Iman, Tambunan
04.10 pm - Naik 4WD 2 buah ke starting point, Taman Kitingan, sejauh 27 km dari Tambunan. 6-7 km terakhir akan melalui jalan tanah merah dan berbatu.
04.30 pm - Singgah pondok pendaftaran Jabatan Perhutanan Sabah, pintu pagarnya ada replika rama-rama.
05.10 pm - Sampai di starting point Taman Kitingan pada ketinggian 1800 meter dari paras laut. Lepas dengar sikit taklimat dari guide, terus gerak ke Rest House melalui laluan pelantar kayu sejauh 2.2km, insyaAllah selamat dari dihinggapi pacat.
06.45 pm - Sampai Rest House, jarak 2900 meter dari puncak. Pada ketinggian kira-kira 2040 meter dari paras laut, suhu pun agak sejuk di sini. Ada 5 bilik, 1 bilik boleh memuatkan 4-5 orang, Dilengkapi tandas, bekalan air dan elektrik dari genset, juga dapur memasak (pakej mendaki Trus Madi ni sekali dengan pakej makan). Makan malam dimasak oleh guide merangkap chef; menu ayam goreng, sayur & sup ayam herba... sungguh menyelerakan.
08.00 pm - Taklimat pendakian oleh guide berketurunan Dusun, Boy.
09.00 pm - Tidur awal kerana akan memulakan pendakian seawal jam 2.30 pagi esok.




30 April 2017 (Ahad)
02.00 am - Bangun tidur, sarapan bubur & telur serta milo panas.
02.30 am - Mulakan pendakian ke puncak melalui trek tangga kayu kira-kira 200 meter, lepas tu baru jumpa trek semulajadi. Checkpoint pertama adalah Gombunan Hut, kira-kira 2400 meter jaraknya dari puncak.
04.00 am - Tiba di checkpoint Taliban Point, jarak 1100 meter dari puncak, berhenti rehat seketika.
05.10 am - Tiba di Jiran Point... kira-kira 100 meter dari puncak. Ada menara tinjau setinggi 5 meter di sini. Solat subuh, kemudian menikmati sunrise dari atas menara. Cuaca cantik. Pemandangan 360 darjah, dengan latarbelakang indah Gunung Kinabalu.



05.50 am - Gerak ke puncak Trus Madi yang dah tak jauh dari menara.
06.10 am - Alhamdulillah, sampai di puncak Gunung Trus Madi, 2642 meter dpl... suhu agak sejuk dan pemandangan kebanyakannya terhalang oleh pokok-pokok renek. Terserempak lebih 20 orang pendaki yang baru tiba dari laluan Kg. Sinua.



07.00 am - Turun ke Rest House... baru dapat menikmati pemandangan sepanjang trek yang masa naik tadi masih gelap. Banyak flora unik khususnya spesis periuk kera Nephentes x Trusmadiensis yang endemik di sini, juga pohon-pohon bonsai sepanjang trek permatang.
09.10 am - Sampai di Rest House... sarapan dan bersiap untuk turun ke starting point.
10.50 am - Mula turun semula ke starting point melalui trek pelantar kayu.
11.40 am - Sampai di starting point Taman Kitingan.
12.00 pm - Gerak dulu 1 4WD balik ke Tambunan. 7 orang yang belum sampai akan naik 4WD kedua. Mandi dan lepak minum sementara menunggu 4WD kedua sampai. Boleh dikatakan agak santai juga trip Trus Madi ni. Trek ke puncak turun naik, sesetengah tempat trek agak landai. Malah tempat permulaan pendakian di Taman Kitingan pun sudah berada di ketinggian yang agak tinggi iaitu 1800 meter.
02.15 pm - Gerak ke Kinabalu Park, Kundasang sejauh kira-kira 78km untuk urusan pendaftaran mendaki Gunung Tambuyukon esoknya.


bersambung... Mendaki Gunung Tambuyukon, Sabah


No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...